Bagaimana Cara Nak Berjaya Dalam Bisnes Network Marketing ? 3 Prinsip Kejayaan Kami

Selepas solat subuh tadi saya mencari podcast untuk saya tambah ilmu baru. Terjumpa podcast daripada Eric Worre, seorang yang sangat terkenal sebagai mentor dalam dunia network marketing.

Kenapa saya tertarik dengan topik ini? Kerana saya dan Eric duduk dalam industri yang sama. Sekarang sudah masuk tahun ke 12 saya bersama isteri mengorek kekayaan dalam bisnes network marketing . Kami kekal positif dan excited dengan apa yang bisnes network marketing tawarkan. 

Cuma, rasa terkilan dengan ramai peniaga yang tinggalkan bisnes network marketing walaupun mereka ada potensi yang sangat besar. 

Tapi jangan salah faham. Bukan sebab network marketing tak bagus. Ia juga sama dengan model bisnes yang lain bila peserta masuk dengan mindset yang salah. Ibarat nak pandu kereta tapi mula terus dengan gear 3 dan nak lompat ke gear 5. 

Peratusan kejayaan dalam mana-mana bisnes pada saya adalah sama. 96% akan gagal. 4% akan kekal dan 1% akan jadi sangat berjaya.

Jadi, apa mindset yang saya pegang untuk berjaya dalam bisnes network marketing? 

[Anggap Network Marketing Ada Bisnes Yang Sebenar]

Ramai yang anggap bisnes network marketing ni macam skim cepat kaya. Itu salah satu kesilapan leader juga yang silap  menggambarkan bisnes ini seakan-akan ajaib. Betul, memang bisnes network marketing ada banyak kelebihan tetapi ia tak ajaib.

Sebagai contoh. sesebuah bisnes konvensional biasanya perlukan 3 ke 5 tahun untuk 'break even' atau balik modal. Tetapi dalam bisnes network marketing, pada bulan pertama, orang expect terus untung. Bulan kedua terus kaya. Bulan ketiga jadi maha kaya. Memang tak logik. 

Memang betul ada segelintir yang berjaya cepat. Tetapi biasanya tidak boleh bertahan lama. Sebabnya pendapatan kita akan ikut tahap ilmu dan kepakaran kita. Kalau kita memang berjaya kuasai mindset dan kemahiran dalam network marketing, maka itulah tahap pendapatan kita.

Latihan secara online yang kami buat setiap minggu

[Apa Expectation Masa Yang Betul Dalam Bisnes Network Marketing?]

Kalau bisnes konvensional yang tinggi modal, tinggi risiko memerlukan 3 ke 5 tahun untuk 'balik modal', bagaimana pula bisnes network marketing?

Sebelum saya terangkan, sebelumtu anda mesti faham, bisnes network marketing adalah bisnes yang mudah dimulakan oleh semua tahap sosio ekonomi. Bermakna ia boleh dimulakan dengan modal yang sangat rendah contohnya dengan beberapa ratus ringgit saja.

Dalam bisnes network marketing saya, anda boleh mulakan dengan RM35 saja. Anda dapat keahlian, akses ke sistem syarikat, group support dan banyak manfaat lain.

Jadi dengan permulaan yang rendah ini, ini sangkaan jangkamasa yang lebih sesuai dalam network marketing:

1 Tahun Pertama: Jana pendapatan bersih 4 angka sebulan. Ia dalam lingkungan RM2,000 ke RM8,000 sebulan. Anda masih buat secara part-time.

2-3 Tahun Pertama: Pendapatan bersih diantara RM8,000 ke RM15,000 sebulan. Anda masih buat secara part-time.

4-5 Tahun Pertama: Pendapatan bersih RM18,000 ke pendapatan RM100,000 sebulan. Anda boleh pertingbangkan untuk buat secara full-time namun tiada paksaan untuk resign. Pada tahap ini anda sudah matang dalam proses naik turun perniagaan. 

Salah seorang pekerja bank yang berjaya jana pendapatan RM3,000 sebulan 

[Jadi, Bagaimana Anda Nak Pastikan Anda 'On Track' Dengan Program Pencapaian 5 Tahun Ni?]
Dah tentu tak semua orang akan berada pada tahap pendapatan yang saya kongsikan ini. Semua bergantung pada usaha, disiplin dan komitmen semua peserta. Bukannya asal buat bisnes ni mesti kaya. 
Dari pengalaman 12 tahun saya dan isteri berada di tahap tertinggi dalam bisnes network marketing, kami boleh simpulkan anda mesti buat 3 perkara di bawah:
[Pertama: Ada Big Why Yang Bantu Anda Kekal Aktif]
Semasa awal-awal kita buat bisnes, kita akan teruja dengan untung yang kita dapat. Maklumlah bisnes baru. Memanglah rasa seronok. Tapi lama-kelamaan rasa biasa. 
Kami ada big why yang kami nak capai. Dan big why ni boleh berubah mengikut masa. 
Contohnya, mula-mula dulu big why isteri saya adalah untuk resignkan saya dari kerja. Masatu kerja saya sangat stres sampai jadi marah-marah dan jadi tak sihat.
Kemudian big why kami beberapa tahun selepas tu ialah kami nak beli kereta baru sebab kereta lama kerap rosak. Sekarang pula, big why kami nak bebas hutang 100%.
Dan selepas ini kami akan ada big why yang lain. Ini bantu kami kekal untuk kerja keras dan tak mengalah.
Jadi apa big why anda sekarang?
[Kedua: Selalu Belajar Baiki Diri Terutamanya Mindset Dan Kemahiran (Self Improvement)]
Semangat semata-mata tak boleh juga. Kami kena buat aktiviti yang betul. Supaya hasilnya betul. Ramai orang buat bisnes bertahun-tahun dengan ilmu yang sama masa dia mula-mula buat dulu.
Logiknya hasil pun akan sama ikut tahap ilmu. Sebab itulah bisnes tak berkembang.
Kami bukan saja belajar dari mentor, tapi kami belajar dari youtube, buku, podcast dan juga pergi ke seminar yang berkaitan dengan bisnes network marketing. Tak terkira berapa modal dah habis untuk kami kuasai kemahiran penting seperti marketing, recruitment dan jualan.
[Ketiga: Amalkan Sistem Yang Betul Untuk Hasil Yang Selalu Lumayan]
Untuk anda yang baru, sistem bermakna turutan aktiviti yang kita buat dan dah terbukti menghasilkan kesan yang kita nak. 
Contohnya sistem marketing. Aktiviti merancang konten dan hasilkan konten sehingga mampu menarik pelanggan yang ramai setiap hari.
Kemudian sistem jualan. Bila pelanggan hubungi kita, apa aktiviti yang kita buat satu demi satu untuk kita hasilkan jualan sekurang-kurangnya RM1,000 sehari.
Dan lagi bagaimana kita nak rekrut ramai ejen dan bantu mereka supaya mereka pun berjaya jana pendapatan lumayan.
Ini semua sistem untuk elak kita dari jadi huru hara.
Kami bangunkan sistem ini dari pengalaman dan ilmu dari mentor-mentor yang kami belajar. Ini semua untuk mudahkan anda mula bisnes ini dengan lebih mudah.

Kesimpulannya...

Untuk berjaya dalam apa-apa bisnes, anda mesti ada mindset yang betul. Dan bisnes network marketing pun sama. 
Bisnes network marketing ada banyak kelebihan seperti modal rendah, ada mentoring percuma dan ada yang mampu bertahan lama.
Tapi, bisnes ini juga memerlukan usaha keras untuk dibangunkan seperti bisnes-bisnes yang lain.

Sertai Kami Untuk Bisnes Yang Bertahan Lebih Lama

Syukur sejak 2013, saya dan isteri kekal dengan syarikat network marketing yang sama. 
Kenapa?
Kerana kombinasi syarikat, produk dan sistemnya dicipta untuk bertahan lama. Contohnya:
  • Produk yang mampu buat pengguna setia selama lebih 20 tahun (Repeat order tinggi)
  • Industri  yang tidak akan pupus (Evergreen)
  • Permintaan tinggi 365 setahun (Tidak bermusim)
  • Modal permulaan rendah (Serendah RM35)
  • Sistem latihan bersistematik (Setiap minggu secara online)
  • Pasaran produk untuk kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas.
  • 60 jenis produk pada harga mampu milik (RM30-RM400++)
  • Komisyen tertinggi berbanding syarikat lain (21%-71.5%)
  • Dan sangat fleksibel (Sesuai untuk semua golongan)

Hubungi Kami!

Untuk kami terangkan dengan lebih lanjut, sila WhatsApp kami di link di bawah:
Tuan Amin Kamarudin [Tekan]
Puan Norfaziela Mohd Noor [Tekan]

Carian berkaitan: cara berjaya dalam bisnes network marketing, bisnes network marketing, network marketing, kelebihan bisnes network marketing, tips network marketing, apa itu network marketing, modal bisnes network marketing, mentor bisnes network marketing, rahsia berjaya dalam network marketing