7 Idea Bisnes untuk Suri Rumah: Jana Pendapatan RM2,000 Sebulan Tanpa Modal Besar

Bisnes suri rumah ni fleksibel dan santai. Sesuai untuk yang sudah ada anak.
Ramai suri rumah menghadapi cabaran kewangan dalam kehidupan seharian. Walaupun tinggal di rumah, perbelanjaan semakin meningkat dengan komitmen pinjaman rumah, kereta, keperluan anak-anak yang bertambah, serta impian untuk bercuti dan mengubah suai rumah.

Saya dan isteri juga mengalami situasi yang sama. Pada usia 30-an, kami merasakan bahawa pendapatan kami tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup yang kami inginkan. Jadi, kami mula mencari bisnes untuk suri rumah yang boleh memberikan pendapatan tambahan tetapi tetap fleksibel. Kami akhirnya menemui satu bisnes yang memenuhi semua keperluan kami.

Berikut adalah kriteria bisnes untuk suri rumah yang kami pilih:

1) Fleksibel dan Sesuai dengan Jadual Suri Rumah

Sebagai suri rumah, jadual harian memang tidak menentu. Ada hari sibuk dengan kerja rumah dan anak-anak, ada hari lebih lapang. Jadi, kami mencari bisnes untuk suri rumah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Dengan bisnes ini, isteri saya boleh menguruskan bisnes sambil menjaga anak-anak. Sama ada selepas menghantar anak ke sekolah, semasa anak tidur, atau selepas selesai kerja rumah, semuanya boleh dilakukan mengikut keselesaan sendiri.

2) Boleh Buat dengan Handphone

Zaman sekarang, hampir semua urusan boleh dilakukan dengan telefon pintar. Kami mahukan bisnes untuk suri rumah yang tidak memerlukan laptop atau kedai fizikal. Hanya dengan handphone, semuanya boleh dikendalikan.

Dalam bisnes ini, terdapat sistem online yang lengkap. Kami boleh melihat jualan, menerima komisyen, mempelajari strategi pemasaran, menghantar produk, dan menggunakan bahan pemasaran yang sudah disediakan. Segalanya di hujung jari.

3) Komisyen Tinggi

Kami pernah melihat rakan-rakan menjual produk seperti sabun dan makanan ringan. Namun, apabila kami bertanya tentang keuntungan, mereka hanya mendapat RM2 seunit. Jika mahu mencapai RM2,000, mereka perlu menjual 1,000 unit setiap bulan. Memang memenatkan.

Sebaliknya, dalam bisnes untuk suri rumah yang kami pilih, komisyen bagi satu produk adalah antara RM25 hingga RM90. Dengan hanya beberapa jualan sehari, sudah boleh mencapai pendapatan yang memuaskan. Malah, ada komisyen tambahan yang boleh mencecah 21% hingga 71.5%.

Anda mesti tengok video kami ni:

4) Ada Latihan Berterusan

Suri rumah sering kali menghadapi cabaran untuk belajar perkara baru. Tidak semua mempunyai kenderaan atau masa untuk menghadiri kelas bisnes. Apatah lagi jika perlu membawa anak-anak bersama.

Bisnes untuk suri rumah ini menyediakan latihan online setiap minggu. Ada juga kelas rakaman dari mereka yang sudah berjaya. Jadi, isteri saya boleh belajar mengikut keselesaan sendiri tanpa perlu keluar rumah.

5) Komisyen Tiada Had

Kami tidak mahu hanya mendapat pendapatan tambahan yang kecil. Matlamat kami adalah untuk mencapai kebebasan kewangan dan hidup selesa.

Dalam bisnes ini, pendapatan tiada had. Jika mahu RM2,000 sebulan, ada caranya. Jika mahu RM5,000, RM10,000 atau lebih, ada juga strategi yang sudah terbukti berkesan. Kami hanya perlu mengikuti sistem yang telah tersedia.

6) Untung Konsisten

Kami pernah cuba beberapa bisnes lain sebelum ini, tetapi hasilnya tidak konsisten. Kadang-kadang ada jualan, kadang-kadang tidak. Bisnes yang turun naik ini membuatkan kami tidak dapat merancang kewangan dengan baik.

Namun, bisnes untuk suri rumah yang kami jalankan sekarang berbeza. Produk ini adalah keperluan asas yang habis digunakan setiap bulan. Pelanggan yang berpuas hati akan membuat pembelian berulang. Ini memastikan pendapatan kami stabil dan terus meningkat.

7) Produk Evergreen

Kami memilih produk kesihatan dan kecantikan kerana permintaannya tinggi sepanjang tahun. Tidak kira musim atau keadaan ekonomi, orang sentiasa mencari penyelesaian untuk kesihatan dan kecantikan mereka.

Suri rumah yang memilih bisnes dengan produk sebegini tidak perlu risau tentang perubahan trend atau produk bermusim. Setiap hari, ada sahaja orang yang mencari produk ini.

Bagaimana Nak Sertai Kami?

Jika anda seorang suri rumah yang sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah, inilah masa yang sesuai untuk bermula. Saya dan isteri telah mencuba dan kami lihat hasilnya.

Anda tidak perlu modal besar, tidak perlu pengalaman, dan boleh bermula dengan mudah. Yang penting, ada kesungguhan untuk belajar dan mengikuti sistem yang telah terbukti berjaya.

Nak tahu lebih lanjut tentang bisnes untuk suri rumah ini? Hubungi kami sekarang dan kami akan bantu anda bermula!

Hubungai saya, Puan Norfaziela Mohd Noor [Tekan Sini]

TAG